oleh Dr. Rozza
Fenomena penuaan adalah ketentuan illahi yang akan dialami oleh semua manusia, mahupun lelaki dan wanita. Namun, dizaman ini, ramai di kalangan kita mengalami fenomena penuaan lebih cepat dari sepatutnya. Lantaran itu, kita sering melihat ramai di antara kita kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar. Sindrom ini terjadi disebabkan oleh banyak faktor seperti tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Antaranya, terlalu kerap penggunaan barangan kosmetik berasaskan bahan kimia, pengamalan makan tidak sihat dan tekanan hidup adalah punca utama fenomena penuaan lebih cepat. Keterampilan dan kecantikan hanya terpancar dengan “make-up” dan pakaian, namun tanpanya mereka nampak terlalu usam. Fenomena ini dipanggil “rapid-aging” atau penuaan-terlampau.
GebuPlus+ Collagen ialah campuran Marine Collagen, Maltodextrin, Tomato Extract, Acerola Cherry Extract, Grape Seed Extract, Aloevera Extract, Blueberry Extract, Bird Nest Extract, dan Pomegranate Powder yang mempunyai khasiat yang tersendiri. Pengambilan berterusan GebuPlus+Collagen sangat digalakkan untuk penjagaan kulit dan mengekalkan keterampilan kecatikan dan kesihatan.
Marine Collagen ialah bahan yang terdapat dari sisik ikan. Sudah sekian lama, Marine Collagen digunakan di Jepun secara meluas sebagai makan tambahan natural. Mereka yang mengambil Marine Collagen mengakui telah mendapat banyak feadah, terutamanya kesihatan tulang dan kulit. Selain dari itu, pengambilan Marine Collagen menjadi terkenal kerana ia dapat meningkatkan fungsi tubuh secara berkesan. Kini, pengambilan barangan Marine Collagen adalah perlu untuk kesihatan kulit, rambut, tulang, kuku, dan sendi, juga menstabilkan hormon. Secara ringkasnya, pengambilan Marine Collagen akan mendatangkan kulit yang gebu dan berseri.
Acerola Cherry Extract mengandungi vitamin B, dan C, protein, iron, calcium dan phosphorus. Banyak kajian membuktikan Acerola Cherry extract mempunyai kebolehan antioxidant dan anti-tumor.
Tomato Extract kaya dengan khasiat antioxidants dan Lycopene. Banyak hasilan kajian oleh pakar makanan tambahan membuktikan pengambilan Lycopene adalah perlu untuk meningkatkan kesihatan tubuh, terutamanya kulit.
Grape Seed mengandungi bahan antioxidant berkhasiat. Ia juga berfungsi untuk merangsang perjalanan darah kekulit, keotak, meningkatkan immune system dan kesihatan ocular, seterusnya membantu menyerikan kulit.
Aloevera extract memang hebat untuk penjagaan kulit yang tidak dapat dinafikan lagi. Ia digunakan secara meluas oleh orang-orang Asia sejak ratusan tahun untuk mengekalkan seri rambut dan kulit.
Buah Blueberry yang berwarna perang dan merah jambu pekat tergolong dari keluarga buah-buahan kesihatan. Pokoknya tumbuh subur di dalam hutan Amerika Utara. Musim buah blueberry bermula pada bulan Mei dan tamat pada bulan Oktober pada setiap tahun. Blueberry dikenali sebagai buah yang kaya dengan bahan antioxidant, iaitu Anthocyanin. Kajian klinikal telah membuktikan bahawa Anthocyanin bertindak sebagai bahan pemangsuh radikal bebas yang mengakibatkan fenomena “rapid-aging”, kurang daya mental dan kurang kapasiti ingatan. Secara jelas, kajian oleh Tufts University pada tahun 2001 mendapati Blueberry adalah di antara buah-buahan yang mengandungi unsur antioxidant tertinggi diantara 60 jenis makan yang diuji [Tufts University. Researching a Blueberry/Brain Power Connection. Tufts University Health and Nutrition Letter, March 2001, Vol. 19. Number 1]. Anthocyanin juga didapati mampu menguatkan kapillari darah mata. Blueberry juga sudah diketahui ramai mampu membantutkan phenomena “rapid-aging” yang berkaitan dengan macular degeneration, rabun malam, dan diabetes-related eye disorders.
Birds Nest Extract merangsang proliferasi (proliferation) pelbagai pembahagian dan pembezaan sel yang membolehkan proses membaik pulih kulit rosak dan melambatkan proses penuaan kulit.
Pomegranate Powder kaya dengan spektrum vitamin dan mineral terutamanya vitamin C and potassium. Ia juga sumbur antioxidant phytoestrogens, polyphenols dan anti-inflammatory essential amino acids yang kukuh dan mampu mengurangkan unsur radikal bebas. Radikal bebas adalah komponen biologi yang menyumbangkan banyak jenis penyakit dan merangsang fenomena “rapid-aging”. Juga, pomegranate seed sudah dibuktikan oleh kajian saintifik sangat berkesan melawan sel kenser buah dada dan merangsang kesihatan cardiovascular. Secara ringkas, pengambilan Pomegranate Powder boleh mendatangkan banyak feadah untuk kesihatan dan keterampilan seharian.
Maltodextrin ialah bahan pemanis asli berkalori rendah. Ia amat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Dextrose bahan pemanis berasaskan glucose. Pengambilan glucose dengan kadar yang sesuai akan menghasilkan tenaga untuk feadah harian.